Tuesday, February 26, 2013

Permulaan pertama

Bismillahirrahmanirrahiim...

Itulah permulaan pertama saya dalam dunia penulisan blog. Orang dahulu pernah berkata,

     Buah cempedak di luar pagar,
     Ambil galah tolong jolokkan,
     Saya budak baru belajar,
     Kalau salah tolong tunjukkan.

Saya kini menjadi watak dalam pantan pantun di atas. Bukan sahaja pada masa ini, namun akan datang saya juga masih seorang budak yang baru belajar dan sentiasa mengharapkan orang yang lebih arif untuk membetulkan apa yang tersilap. Laju jemari tangan menekan-nekan papan kekunci di komputer riba mencari-cari idea serta kata-kata untuk dikongsikan di ruangan yang pertama ini. Sungguh, saya masih lagi buntu untuk menyusun kata-kata tersebut. Tidak tahu apa yang seronok untuk saya kongsikan di ruangan ini.

Oleh kerana permulaan pertama menjadi pilihan tajuk saya, maka saya lebih senang untuk memperkenalkan diri saya kepada rakan-rakan maya saya. Saya merupakan anak kelahiran negeri di selatan tanah air iaitu Johor. Saya kini menuntut di salah sebuah universiti tempatan. Salam perkenalan daripada saya pemilik blog, Nur Syazwani bt Soekami. Semoga kita mampu menjalin persahabatan dan sentiasa di bawah lindungan rahmat-Nya. Amiin...