Minggu yang lalu, saya bersama seorang rakan telah pergi ke satu gerai makanan untuk mmbeli makanan tnghari. Makanan telah siap kami isi di dalam bekas polisterin. Saya memesan pula air laici dengan pekerja kedai makan terbabit. Selang beberapa minit kemudian, air yang dipesan telah tiba. Saya bangun daripada tempat duduk dan bergerak menuju ke kaunter untuk membayar makanan dan minuman yang dibeli. Sebaik sahaja sampai di kaunter, saya mendapati bahawa air yang saya pesan lain daripada air yang saya terima. Saya memsan air laici tetapi apa yang diberi ialah air barli. Saya bertanya kepada tuan kedai dan dia meminta maaf kerana telah tersalah memenuhi pesanan saya. Dengan rasa yang sedikit terkilan, saya katakan kepadanya bahawa saya akan mengambil dan membayar sahaja minuman tersbut. Namun, apa yang memeranjatkan saya, tuan kedai memberi saya separuh harga terhadap air tersebut. Dia menyatakan bahawa memang salahnya yang tersilap mendengar pesanan saya hingga menyebabkan saya menerima pesanan yang salah. Nampaknya, tuan kedai tersebut sangat baik kerana mahu mengakui silapnya dan bersedia meminta maaf dengan pelanggannya. Saya tidak jadi berkecil hati kerana bahasa tuan kedai tersebut yang sopan dan lembut.
No comments:
Post a Comment