Selasa yang lepas, saya telah pergi ke rumah kawan saya. Sewaktu saya tiba di rumahnya, dia sedang menyiapkan tugasan semantik. Saya hampiri dia yang sedang menaip sesuatu di papan kekunci komputer riba miliknya. Selang beberapa minit, dia ke dapur untuk membuat air. Air yang telah siap dihidangkan dihadapan saya. Dia meminta saya untuk mengambil roti yang berada di atas meja belajarnya. Saya kalih pandangan ke arah meja belajarnya dan mencari roti yang dimaksudkannya. Puas saya menilik dan mencari namun tidak ada satu buku roti pun di atas meja belajarnya. Saya hanya nampak biskut Chipsmore sahaja di atas mejanya. Oleh kerana tiada respon daripada saya, dia memandang ke arah saya dan meminta roti yang dimintanya. Saya beritahu kepadanya tiada roti di atas mejanya. Dia tersenyum lalu mengambil biskut Chipsmore di atas mejanya. Dia katakan kepada saya biskut Chipsmore itulah roti yang dimaksudkannya. Melihat saya terpinga-pinga, dia memberitahu bahawa orang Kedah memanggil roti bagi biskut dan roti.Ohh..barulah saya faham..
No comments:
Post a Comment