Kenapa ada diantara penutur bahasa Melayu yang menulis perkataan ke, apa,dan je dengan ejaan kew, apew, dan jew. Cuba kita sebut sebagaimana ejaan yang ditambah huruf 'w' dihujungnya itu. Bukankah susah untuk memuncungkan mulut supaya bunyinya sama seperti yang dieja. Saya tidak pasti sejauhmana pengguna yang suka menggunakan ejaan jew, apew, kew menyebut perkataan tersebut. Tetapi ada kemungkinan mereka menulis bukan kerana sebutan mereka begitu, tetapi mungkin secara suka-suka untuk menaikkan mood ‘manja’. Saya sebenarnya agak tidak berkenan dan geli sedikit apabila orang menghantar mesej kepada saya menggunakan ejaan itu. Bukan benci tetapi saya rasa tidak sesuai sekiranya orang yang berumur 20 tahun dan ke atas mengeja seperti itu. Apatah lagi jika lelaki yang mengejanya. Alahai.. nampak sangat lembutnya.. Jadi, eloklah jika kita mengejanya dengan sempurna dan betul seperti yang disebut.
No comments:
Post a Comment