Isnin yang lalu, saya berjalan kaki untuk pergi ke surau di kampus lama. Ketika saya sedang brjalan, terdapat juga seorang lelaki diseberang yang berjalan secara berlawan arah dengan saya. Saya lihat dia menyepak-nyepak tin kosong jenama Pepsi. Tiba-tiba, tin kosong yang disepak oleh lelaki tadi tersasar dan mengenai kasut saya. Saya pandang ke bawah dan melihat sisa air didalam tin tersebut mengenai kasut yang saya pakai. Saya tunduk untuk mengutip tin tersebut sekaligus membersihkan kasut saya. Kemudian apabila saya memandang ke arah seberang jalan, lelaki tersebut terus berjalan tanpa sedikitpun mahu mmohon maaf. Sudahlah dia membuang sampah merata-rata, kemudian mengotorkan kasut saya. Lelaki yang tidak berperasaan itu terus berlalu. Sungguh, saya geram dengan tingkah laku lelaki terbabit yang tidak menghormati perasaan orang lain. Dia sepatutnya meminta maaf kepada saya dan bukannya pergi begitu sahaja. Budi bahasa kan budaya kita. Tapi, tak mengapalah. Saya pun suudah membeli kasut yang baru..
No comments:
Post a Comment