Hari selasa lepas iaitu sewaktu cuti semester, saya pergi ke sekolah untuk pengajaran makro. Saya telah berjumpa dengan guru panitia bahasa Melayu di sebuah sekolah di Batu Pahat. Saya menunggu sehingga guru tersebut habis waktu pengajarannya. Selang 20 minit kemudian, saya telah berjumpa dengan guru panitia tersebut di dalam bilik guru. Melihat kepada raut wajahnya, saya menyangkakan bahawa guru tersebut garang dan sombong. Nyata telahan saya meleset. Guru tersebut sangat berhemah tutur bicaranya. Dia sangat bertoleransi dan sudi memberikan saya bantuan untuk pengajaran makro saya. Perasaan yang takut pada awalnya untuk mengajar beransur-ansur hilang kerana guru tersebut banyak memberikan dorongan dan rangsangan kepada saya. Bahasanya yang tidak pernah menyinggung hati mana-mana pihak membuatkan saya hilang rasa gemuruh dan senang untuk menyatakan pendapat saya.
No comments:
Post a Comment