Tuesday, April 16, 2013

Lambat

Hari jumaat yang lalu iaitu ketika cuti pertengahan semester, saya telah pergi ke sebuah gerai makan untuk memesan makanan tengahari. Saya memesan asam pedas dan sementara menunggu pesanan, saya duduk di meja berhampiran. Pelanggan pada waktu itu sangat ramai. Tiba-tiba, saya dikejutkan dengan kemarahan seorang pelanggan terhadap pekerja gerai berkenaan kerana lambat menghantar makanan kepada pelanggan tersebut. Semua mata tertumpu ke arah mereka. Kasihan saya melihat wajah pekerja tersebut yang kemerahan kerana menahan malu. Tidak lama kemudian, tuan gerai datang dan meminta maaf kepada pelanggan tersebut kerana kelewatan mereka menghantar pesanan. Tuan kedai menerangkan situasi sebenar bahawa pelanggan yang ramai membuatkan servis tidak dapat dilakukan tepat pada masanya. Pelanggan yang menyedari kesilapannya meminta maaf kepada tuan kedai namun menggunakan bahasa mandarin. Tuan kedai yang berbangsa Melayu hanya terpinga-pinga dan tersenyum lantas pergi meninggalkan meja tersebut. Saya kira, mungkin pelanggan tersebut tersasul mengggunakan bahasa ibundanya ketika meminta maaf dengan tuan kedai tersebut.

No comments:

Post a Comment