Saturday, April 20, 2013

Gwiyomi

Gwiyomi seperti yang semua sedia maklum sangat popular pada masa kini. Gwiyomi ialah asal daripada bahasa Korea. Saya tidak tahu maksud spesifiknya tetapi ia berkenaan dengan tarian yang comel. Gwiyomi dan gayanya bukan sahaja popular dikalangan masyarakat Korea tetapi juga seluruh dunia. Beberapa hari yang lepas, saya sempat menonton beberapa video mereka yang melakukan aksi gwiyomi. Baik lelaki mahupun perempuan, masing-masing menunjukkan aksi gwiyomi yang paling comel dan manja (-_-). Saya terfikir, sekiranya Malaysia juga mencipta sesuatu yang dapat menarik perhatian ramai (perkara-perkara yang baik), tentu sahaja bahasanya juga dapat berkembang. Melihat analogi gwiyomi, orang selain penutur natif Korea juga tahu menyanyikan gwiyomi walaupun mereka tidak faham maksudnya. Bahasa Mlayu juga mungkin boleh jadi begitu (dituturkan oleh ramai orang). Berikut saya sertakan link kepada salah satu video gwiyomi ^_^.

No comments:

Post a Comment