Saturday, April 20, 2013

Kau orang/kamu orang

Selalu sahaja kita mendengar masyarakat kita terutama kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa yang menggunakan perkataan kauorang (kamu semua). Perkataan kauorang nampak sudah sangat sebati dengan masyarakat Melayu. Beberapa hari yang lalu, seorang rakan yang bukan berbangsa Melayu juga menggunakan perkataan kauorang sewaktu bercakap dngan saya dan rakan. Namun dia tidak menyebutnya dengan kauorang tetapi kamu orang. Agak berlainan dan nampak janggal tetapi dari segi maksud, sama sahaja seperti kauorang dan kamu semua/kalian. Walaupun hidup dalam satu negara yang sama, tetap ada perbezaan kerana suku bangsa yang berlainan mempengaruhi gaya dan stail percakapan.

No comments:

Post a Comment