Saturday, April 20, 2013

Perhatian

Pada minggu lepas, saya berkesempatan untuk pulang ke kampung. Sewaktu dikampung, saya telah pergi ke bandar dan masuk ke dalam salah satu daripada tandas awam yang ada di dalam pusat membeli-belah. Kemudian, mata saya terpandang kepada tempat yang dikhaskan untuk mengambil wudhuk yang ada dalam tandas berkenaan. Saya perhatikan kenyataan yang ditampal di dinding tempat mengambil wudhuk tersbut.
PERHATIAN!!
JANGAN MEMBUANG KENCING DI SINI.
Jangan membuang kencing??? Saya tergelak sebaik sahaja habis membaca kenyataan tersebut. Saya rasa kenyataan tersebut patut di tulis dengan:
JANGAN MEMBUANG AIR KECIL DI SINI.
Saya rasa, perkataan kencing kurang sesuai digunakan kerana kenyataan tersebut ditampal untuk paparan awam dan perkataan yang lebih elok dan sesuai sepatutnya ialah membuang air kecil. Lagipun, jika dilihat daripada konteks ayat, ayat" jangan membuang kencing" itu menyalahi konteks ayat. Kalau hendak juga menggunakan perkataan kencing, ayat yang sepatutnya ialah “Jangan kencing di sini”.

No comments:

Post a Comment