Tuesday, April 16, 2013

Islamik

Pada hari isnin yang lepas, saya telah menonton sebuah filem Melayu. Cerita ini agak popular dan terdiri daripada barisan pelakon yang hebat. Apa yang membuatkan saya tertarik dengan cerita ini ialah dialog pelakon-pelakon dalam filem ini. Mereka menggunakan bahasa yang baik dan sopan. Kemungkinan kerana genrenya yang berbentuk islamik, maka skripnya tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar dan tidakk sopan. Namun, pada saya, cerita-cerita sebegini dapat diperbanyakkan lagi agar masyarakat dapat terdidik dengan bahasa yang baik dan sopan daripada cerita yang mreka tonton.

No comments:

Post a Comment