Hari Rabu yang lalu, saya telah membeli makanan di sebuah kedai makan. Saya membeli nasi putih dan ayam goreng. Sewaktu saya mengambil nasi putih, ada seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke dalam kedai makan tersebut. Oleh kerana ruang yang sempit dan kedudukan tong nasi dihadapan, pelajar perempuan terbabit telah melanggar saya secara tidak sengaja. Hampir terpelanting bungkusan nasi yang berada di tangan saya. Menyedari memang itu silapnya, pelajar perempuan terbabit telah meminta maaf kepada saya atas perbuatannya tadi. Melihat wajahnya yang penuh kerisauan, saya tersenyum dan mengangguk. Kemudian dia berlalu pergi setelah saya memaafkan perbuatannya. Saya agak marah dengan perbuatannya namun kerana kata-kata maaf darinya, saya dengan mudah dapat menerima insiden yang berlaku atas diri saya.
No comments:
Post a Comment