Tuesday, April 16, 2013

Lif

Hari jumaat yang lepas, saya menaiki lif untuk ke tingkat empat di bangunan e learning. Ketika itu, saya bersama dua orang pelajar cina di dalam lif tersebut. Saya lihat, pelajar cina tersebut sangat rancak berborak sesama sendiri.  Saya dengarkan sahaja apa yang dibualkan oleh mereka. Oh.. ternyata saya tidak dapat memahaminya walau sebutir pun daripada percakapan mereka. Tentulah saya tidak dapat memahaminya kerana saya tidak tahu berbahasa mandarin dan mereka pula berborak di dalam bahasa mandarin. Apa yang dapat saya fahami hanyalah perkataan ‘pu yau’ yang bermaksud tak nak atau tak mahu. Sehingga keluar daripada lif tersebut, saya masih tertanya-tanya apa  yang dibualkan oleh kedua-dua pelajar terbabit sehingga kedua-duanya tidak berhenti-henti ketawa. Sungguh, kalaulah saya dapat memahami bahasa mereka, dapatlah juga saya tumpang gelak dengan cerita mereka tadi. hhe

No comments:

Post a Comment