Hari khamis yang lepas, saya telah pergi ke bandar menaiki sebuah bas. Bas tersebut penuh dengan penumpang berbangsa selain Melayu, Cina dan India. Kebanyakannya daripada Bangladesh dan Vietnam. Kelakuan mereka di dalam bas saya perhatikan dengan teliti. Mereka menghidupkan lagu di dalam telefon dengan kuat tanpa menghormati penumpang lain, bercakap dengan suara yang kuat sehingga mngganggu ketenteraman penumpang lain, dan berdiri terlalu rapat dengan kerusi penumpang lain. Kadangkala, saya naik rimas dngan kelakuan pendatang luar yang bekerja di Malaysia. Mereka adakalanya hilang hormat terhadap budaya masyarakat di Malaysia. Dalam keadaan bas yang sesak itu, mereka tidak sepatutnya menghidupkan lagu mereka dngan kuat kerana tidak semua orang mahu mendengar lagu mereka. Bercakap dengan nada yang kuat juga menyebabkan kami rasa bingit dan tidak senang mahu berborak dengan rakan di sebelah. Pada pandangan saya, sudah duduk di negara orang, pandai-pandailah menghormati budaya dan masyarakat di negara tersebut.
No comments:
Post a Comment