Hari rabu yang lepas, saya telah menghantar kawan saya ke Pudu untuk menaiki bas. Saya menemaninya ke kaunter tiket untuk membeli tiket. Sampai sahaja di kaunter tiket, kami disajikan dengan drama yang tidak enak. Penjaga kaunter sedang bertekak dengan seorang pelanggan yang membeli tiket di kaunter tersebut. Dua minit kami menunggu sehingga mereka selesai, kemudian saya pula membeli tiket. Daripada apa yang saya dengar, pelanggan tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya kerana bas lambat tiba dan merasakan dirinya ditipu oleh syarikat bas terbabit. Namun, kerana bahasa yang kasar yang digunakan oleh pelanggan tersebut, penjaga kaunter itu menjadi tidak puas hati dan timbul pergaduhan kecil. Pada pendapat saya, kemungkinan bas lambat kerana kesesakan jalan dan pelanggan tersebut sepatutnya menggunakan nada dan bahasa yang baik untuk bertanyakan mengenai basnya yang tiba lewat agar tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
No comments:
Post a Comment