Friday, March 29, 2013

Ambang atau ambeng?

Beberapa hari yang lalu, saya bersama beberapa orang kawan saya telah makan digerai makan di depan kampus. Pada ketika itu, kami saja bercakap mengenai makanan di negeri masing-masing. Tiba-tiba dia bertanyakan kepada saya bagaimana rupa bentuk dan rasa nasi ambang. Yang mana orang Johor pasti saja tahu tentang nasi ambang kerana nasi ambang adalah salah satu daripada makanan tradisi orang Johor dan kebiasaannya orang Jawa yang mahir membuat masakan ini. Tapi satu yang saya perasan apabila orang yang di luar daripada negeri Johor (masyarakat daripada negeri lain) menyebut nasi ambang. Selalu sahaja mereka menyebut nasi ambang tetapi sebutan yang sebenar adalah nasi ambeng. Ambeng adalah perkataan jawa yang bermaksud,,,
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Saya sendiri tidak tahu maksud spesifiknya. hehe… Tetapi seperti apa yang diberitahu oleh ibu saya, ambeng ini adalah satu keadaan yang menunjukkan bahawa makanan yang di isi dalam satu bekas seperti dulang, yang lauk dan nasinya di campur dan kemudian dimakan secara berkongsi atau beramai-ramai.
Berbalik kepada cerita kawan saya tadi, dia juga menyebut nasi ambeng itu sebagai nasi ambang dan saya telah menyatakan kepadanya sebutan yang sebenar yang disebut oleh orang dinegeri Johor. Masyarakat yang tidak hidup dalam kelompok kita biasanya akan nampak janggal sebutan mereka dengan sebutan masyarakat yang hidup dalam kelompok kita.

1 comment:

  1. Anda benar "nasi ambeng nasi talam" kecuali seseorang bangsa itu pernah tinggal serumah selama setahun dan bercampur gaul dengan masyarakat bangsa Jawa itu sendiri maka ia faham adakah "ambang atau ambeng", biasanya diadakan majlis bacaan Yassin @ Yasinnan (kenduri arwah) / Selamatan @ Doa selamat buat semua Umat Islam, biasanya orang lelaki melakukannya secara berjamaah di rumah yang membuat jemputan pada malam hari Khamis @ malam Jumaat, manakala pihak orang perempuan biasanya melakukannya secara berjamaah di rumah yang membuat jemputan pada pagi hari Jumaat, begitulah seterusnya berulang kepada setiap ahli Qariah berjumlah 40 buah rumah secara bergilir bertahun²; wa ALLAH hu 'alam bis sowab.....
    و الله أعلم بالصواب.....
    Dan ALLAH mengetahui dengan keizinan.....

    ReplyDelete