Hari khamis yang lepas, saya telah mengirim sepucuk surat kepada sebuah badan kebajikan melalui faks. Oleh kerana saya tiada mesin faks atau lebih tepat lagi saya memang tidak tahu langsung walaupun sedikit cara untuk menggunakan msin faks. Disebabkan itu, saya telah pergi ke kedai komputer yang menyediakan kemudahan faks dan saya meminta bantuan pekerja kedai untuk menolong saya menghantar surat tersebut menggunakan faks.
Sewaktu dia melakukan kerja faks surat tersebut, sempat juga dia bertanya kepada saya kepada siapa surat tersbut saya tujukan. Ada perkara lain juga yang dia tanyakan kepada saya dan dalam masa yang sama saya tertarik dengan tutur katanya. Dia menjaga tutur katanya dan membuatkan saya selesa untuk terus berborak dengannya walaupun dia bukan bangsa Melayu. Sebaik sahaja surat sudah siap saya faks, dia menjelaskan bayaran yang perlu saya bayar juga dengan senyuman dan nada suara yang rendah. Saya berfikir kalau orang yang bukan Melayu juga tahu cara menghormati orang yang bukan dari bangsanya kenapa ada bangsa sendiri yang tidak tahu cara mengormati bangsanya sendiri.
Alangkah baiknya kalau semua orang mengamalkan sikap hormat-menghormati. Barulah kita dapat hidup dalam suasana yang harmoni.
No comments:
Post a Comment