Bas bagi pelajar IPTA mahupun IPTS adalah perkara yang sinonim. Mereka akan menggunakan bas untuk ke kelas ataupun untuk pulang ke kolej.
Hari rabu yang lalu, saya bersama beberapa orang pelajar berada di pondok bas menunggu bas datang untuk menjemput kami pulang ke kolej. Hari telah senja dan cuaca juga gelap. Pelbagai ekspresi muka pelajar saya lihat sewaktu menunggu bas. Ada yang hanya diam menunggu, ada yang berkerut kening, ada yang merungut, ada yang sibuk dengan telefon di tangan dan pelbagai lagi gelagat mereka.
Setengah jam menunggu, bas pun tiba. Semua pelajar berpusu-pusu hendak menaiki bas. Ada yang menolak rakan lain dan ada juga yang hampir jatuh kerana berasak-asak ketika hendak menaiki bas. Ada juga yang baik hati memberi laluan kepada rakan yang berada di hadapan dahulu.
Apabila di lihat kembali, budaya sebegini sebenarnya kurang sedap mata apabila memandangnya kerana kita seharusnya beratur ketika hendak menaiki bas. Nasihat ini juga selalu kita lihat di televisyen dan kadang-kadang pada bas juga ditampal nasihat ini. Jadi, kita sepatutnya mengamalkan nasihat yang diwar-warkan bukan hanya memandang nasihat tersebut.
No comments:
Post a Comment