Apa yang anda faham dengan perkataan 'poyo'? Apa yang saya faham? 'Poyo' tu lebih kurang macam perkataan bajet iaitu berlagak atau ego dengan kelebihan sendiri. Atau 'poyo' juga selalu dikaitkan dengan orang yang sombong. Namun begitu ada satu cerita disebalik perkataan 'poyo'.
Boleh juga saya katakan ini sebagai ilmu baru bagi diri saya (ilmu ke? Ilmulah tu). Sebelum ini saya cuma tahu perkataan 'poyo' itu untuk makna yang telah saya katakan tadi. Tetapi rupa-rupanya perkataan 'poyo' adalah singkatan bagi sebaris ayat daripada bahasa Inggeris. Sungguh baru saya tahu. Selama ini tahu sebut sahaja tetapi tidak tahu simbolik kepada perkataan tersebut. Sahih atau tidak saya tak pasti tetapi inilah yang diberitahu oleh kawan saya dalam kelas sosiolinguistik yang lepas
Poyo adalah singkatan kepada Proud of Your Own. P=Proud O=of Y=Your O=own. Jadilah P.O.Y.O. Saya rasa ada juga benarnya kerana proud of you own itu sama maksudnya dengan 'poyo' yang digunapakai oleh remaja sekarang. Bila dapat tahu, rasa hendak tergelak pun ada juga. Pandai pula orang kita menjadikan sebutannya 'poyo'. Yelah apa tidaknya. Walaupun berasal daripada bahasa Inggeris, tetapi tidak pernah pula saya mendengar orang Inggeris menyebut 'poyo' dalam percakapan seharian mereka.
No comments:
Post a Comment