'Hok aloh'. Saya pertama kali mendengar perkataan ini daripada Johan raja lawak. Saya minat menonton lawak jenakanya dan oleh kerana itu, saya tahu beberapa perkataan yang sering digunakan dalam lawak-lawak spontannya. Apa yang saya perasan ialah, Johan sering menggunakan perkataan 'hok aloh'. Kalau tidak silap saya, perkataan 'hok aloh' ini berasal daripada dialek pantai timur sama ada Kelantan ataupun Terengganu. Oleh kerana terpengaruh dengan Johan raja lawak, saya juga terikut-ikut menggunakan perkataan 'hok aloh' apabila saya berborak dengan kawan ataupun adik beradik.
Baru-baru ini, drama televisyen yang boleh dikatakan meletup juga iaitu Setia Hujung Nyawa turut menggunakan perkataan 'hok aloh' dalam drama tersebut. Bagi sesiapa yang mengikuti cerita ini pasti sahaja mengenali watak Kak Bedah 'hok aloh' yang dilakonkan oleh Hairul Azreen. Sejak daripada cerita itu, saya rasa 'hok aloh' ini menjadi luas penggunaannya dan bukan kepada penutur di pantai timur sahaja. Sehinggakan, pernah saya membaca di ‘facebook’ ada orang yang menulis tentang fenomena kak bedah 'hok aloh'.
Bagi saya, televisyen adalah salah satu pengaruh yang kuat dalam memperkembang sesebuah bahasa. Lihat sahaja drama-drama Korea yang ada di televisyen. Sesetengah daripada masyarakat kita yang meminati cerita Korea kadangkala dapat mempelajari bahasa tersebut hanya dengan menonoton drama-drama Korea yang ditayangkan di televisyen tempatan. Begitu juga perkataan 'hok aloh' yang dahulunya digunakan di pantai timur kini menular ke seluruh Malaysia. Boleh menjadi fenomena lagi. hehe...
No comments:
Post a Comment