Seperti yang semua sedia maklum terutama mereka yang bergelar pelajar, BB1M atau baucer buku satu Malaysia adalah imbuhan yang paling ditunggu-tunggu. Apabila mendengar sahaja yang baucer buku bakal diberikan masing-masing tersenyum gembira sehingga nampak gigi sebaris. Apa-apa pun saya telah 'berjaya' mendapatkan BB1M ini pada hari khamis yang lepas. Mengapa saya menggunakan istilah 'berjaya' kerana masing-masing sedia maklum yang kita perlu berjuang untuk mendapatkan BB1M. Kalau sudah sampai kena berdiri dan menunggu hingga tiga ke empat jam lamanya, itu dikira sebagai berjuanglah kan =).
Namun, apa yang saya tidak begitu berpuas hati adalah layanan kakitangan, pekerja atau tidak kiralah apa jua panggilan mereka, yang ditugaskan untuk mengendalikan pemberian BB1M. BB1M ini saya ambil pada waktu tengahari. Waktu makan, masing-masing mulalah hendak menunjukkan emosi yang macam-macam. Emosi lapar, emosi penat semua saya nampak dalam dewan tersebut. Tiba giliran saya sebagai orang terakhir yang mengambil BB1M pada tengahari tersebut. Sampai sahaja dimeja pembahagian, saya bertanya apa yang perlu saya isi di ruangan kosong yang disediakan kepada kakitangan yang bertugas. Apabila mendengar sahaja saya bertanya, kakitangan tersebut dengan wajah yang masam dan tanpa senyuman menjawab “kan dah ada contoh kat situ, ikutlah macam contoh yang kami beri”. Kus semangat. Hai tanya baik-baik pun kena kias dengan kakitangan tersebut. Saya tahu mereka lapar dan penat. Tetapi, para pelajar juga penat dan lapar. Ada yang belum makan, ada yang kena berkejar untuk ke kelas seterusnya. Kami juga terpaksa berkejar ke sana ke mari kerana masa diperuntukkan untuk mengambil BB1M hanyalah 3 hari.
Jadi, pada pandangan saya, penat atau tidak kakitangan tersebut saya rasa mereka perlu ikhlas sewaktu menjalankan tugas. Kalau mahu menegur atau menjawab soalan daripada pelajar yang tidak tahu, jawablah dengan nada yang elok. Kalau tidak mampu untuk tersenyum pun, cukuplah dengan menjawab menggunakan intonasi atau nada seperti percakapan biasa..Kalau wajah kelat suara marah, kami pun ketar nak tandatangan boring BB1M. Senyum itu sedekah =).
p/s: susah juga hendak bersedekah kan...hehe
No comments:
Post a Comment