Thursday, March 7, 2013

Pengajaran Mikro

Demam pengajaran mikro. Bolehlah dikatakan sebagai satu mimpi ngeri bagi saya dan rakan-rakan semester 6. Kenapa mimpi ngeri? Apa tidaknya, seharian kami memerah otak mengerah tenaga hendak menyiapkan pengajaran mikro satu. Masing-masing masih baru dalam dunia pengajaran dan pendidikan kerana kami baru hendak belajar cara mengajar dalam P&P. Hampir tidak boleh tidur juga kami apabila terpaksa memikirkan apa yang hendak diajarkan kepada rakan sekelas.

Pertama kali melakukan pengajaran mikro satu. Perasaan anda? Gementar, takut, hendak tergelak pun ada juga. Biasalah bila sudah gementar, perkara yang dirancang mudah saja tidak menjadi. Cakap juga tersasul-sasul. Belum lagi melihat wajah rakan yang hendak ketawa sewaktu kita mengajar mereka. Haishh.. haru dibuatnya. Persediaan, dalam apa-apa jua keadaan sangatlah memang penting.

Setelah melihat kembali kesemua pengajaran mikro satu yang telah dirakamkan dan setelah mendapat komen daripada pensyarah, rupa-rupanya terlalu banyak kesilapan yang kami lakukan. Salah satunya ialah penggunaan perkataan 'diaorang', 'kauorang', 'point', 'ok', dan banyak lagi. Itulah, seperti yang saya telah katakan tadi. Apabila rasa takut dan gementar telah merasuk dalam diri, mulalah kami tersasul bicara. Mula-mula sudah berlatih bercakap 'mereka', alih-alih bila mengajar tercakap juga 'diaorang'. Sudah berlatih menggunakan perkataan 'baik', tercakap juga perkataan 'ok'. Parah cikgu-cikgu bahasa Melayu ini. Bagaimana agaknya situasi bila mengajar sebenar nanti?

Mulai hari ini, harus mula berlatih menggunakan perkataan mereka, kalian/ kamu semua, butiran/isi, baik dan banyak lagi lah yang harus saya perbaiki.

Akhir kata : "baik murid-murid". haa.. kan sedap bahasa yang begitu daripada "ok murid-murid". =)

No comments:

Post a Comment