Friday, March 22, 2013

Bahasa rojak

Apa pandangan anda semua tentang percampuran kod dalam bahasa ataupun orang menyebut bahasa rojak? Pada hari jumaat yang lalu (semalam) saya membuka radio dan terdengar lagu daripada sekian penyanyi yang menggunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam lirik lagunya.

Pada saya melodi lagu tersebut memang sedap dan seronok untuk didengar. Tetapi, mendengar kepada lirik dan seni katanya 'ouh, sangatlah menyayat hati'. Tidaklah menyayat hati sangat tetapi tidak sedap didengar kerana percampuran bahasa dalam lagu tersebut.

Pada pandangan saya, lebih elok rasanya jikalau lirik tersebut dibuat sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Bukankah kosa kata bahasa Melayu ada banyak dan kenapa tidak digunakan sahaja? Kalau mahu buat lirik dalam bahasa Inggeris, buatlah sepnuhnya dalam bahasa Inggeris supaya tidak merosakkan bahasa.

# Adakah kita tahu, percampuran kod dalam sesuatu bahasa boleh menjejaskan penguasaan kita terhadap sesuatu bahasa?

No comments:

Post a Comment