Kenapa saya memilih assalamualaikum sebagai tajuk saya? Semuanya gara-gara sistem pesanan ringkas atau lebih dikenali sebagai sms atau lebih mudah lagi dipanggil sebagai mesej yang telah diterima. Bukan saya yang menerima mesej tersebut tetapi kawan saya. Saya insan yang lemah ini hanya menumpang sekaki sahaja membaca mesej tersebut. =)
Anda bila marah apa yang anda lakukan? Kebanyakan orang bila marah mudah sahaja menuturkan dan menunjukkan isyarat yang tidak baik. Contohnya:
Woi! Buta ke?
Bongok sangat apehal?
Choii!! Mulut macam longkang.
#macam-macam lagi perkataan yang keluar daripada mulut bila marah.
Kadangkala, perkataan-perkataan yang hendak diluahkan belum sempat dicerna oleh akal bila nafsu amarah menguasai diri. Akhirnya, terlajak kata buruk padahnya. Membebel sudah sekarang tiba pula cerita mengenai mesej yang diterima oleh kawan saya. Tidak menjawab salam atau tidak memberi salam juga boleh terjadi bila seseorang sedang marah. Kerana marahkan kawan saya yang tidak jadi hendak menaiki teksinya, makcik tersebut menghantar mesej yang tiada salam dan tanda noktah. Pening juga kepala hendak mencerna kembali apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh makcik tersebut melalui mesej yang diberikan. Paling tidak pun, letakkan tanda noktah supaya mudah bagi orang yang membaca memahaminya. Bukan apa, takut-takut timbul salah faham bila mesej yang disampaikan tidak dapat difahami. Memberi salam itu sunat manakala menjawab salam pula adalah wajib. Tetapi salam yang diberi tidak dijawab oleh makcik tersebut. Terus sahaja dia memutuskan perbualan. Tak sudi agaknya makcik tersebut menjawab salam daripada kawan saya. Tak mengapalah. Manusia emosinya pelbagai.
Namun, pada saya bagaimana sekalipun kita sedang diasak amarah, kita harus bijak mengawal perasaan. Jangan terbawa-bawa perasaan yang satu itu sehingga menunjukkan sikap kita yang tidak baik.
p/s: sabar itu separuh daripada iman =)
No comments:
Post a Comment