Thursday, March 7, 2013

Filem

Pada hari isnin yang lalu, saya telah menonton satu filem Melayu yang boleh dikatakan sebagai filem yang popular. Saya tidak pasti pada tahun bila filem ini diterbitkan namun sebagai generasi yang berada di fasa umur akhir remaja filem ini memang menarik. Apa yang mahu saya katakan di sini bukanlah mengenai subjek-subjek yang menarik dalam filem ini tetapi unsur yang saya rasa tidak sepatutnya wujud dalam filem.

Filem seperti yang diketahui umum merupakan wadah hiburan. Wujudnya sesebuah filem itu untuk ditayangkan dengan harapan agar masyarakat dapat mencedok iktibar serta nilai positif yang ada dalam filem-filem tersebut. Namun, tidak semua manusia mahupun masyarakat mampu berfikir atau mengambil apa yang positif daripada filem. Bukan juga Ada juga masyarakat terutama golongan anak remaja yang tidak mampu untuk menilai atau menebak pengajaran di sebalik filem yang mereka tonton. Contohnya seperti filem yang baru saja saya tonton pada isnin yang lalu, di dalamnya terdapat penggunaan kata-kata yang kesat dan tidak baik yang dituturkan oleh watak.

Watak adalah penggerak plot sesebuah drama atau filem. Apa sahaja yang dilakukan mahupun dituturkan oleh mereka menjadi perhatian penonton dan adakalanya menjadi ikutan. Lebih-lebih lagi, bagi filem yang mendapat rating yang tinggi, kata-kata dalam setiap watak mudah sahaja diikuti oleh anak remaja dan kadangkala mereka mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Pada pandangan saya, nilai-nilai yang positif harus diutamakan dahulu agar  anak-anak bangsa mampu mencontohi perkara-perkara yang baik. Mungkin mereka masih hijau untuk meneka pengajaran di sebalik cerita yang ditayangkan. Oleh itu, nilai-nilai yang baik haruslah dititikberatkan terutama dari segi percakapan dalam sesebuah filem. Bahasa-bahasa yang terlampau kesat misalnya 'sial', 'bapak lu', dan sebagainya saya kira tidak wajar wujud dalam skrip drama seseorang watak.
Akhir kata "FILEM KITA WAJAH KITA"..,

No comments:

Post a Comment