Friday, March 15, 2013

Bertanya untuk tahu

Situasi yang seterusnya ini berlaku ketika saya berada di pondok menunggu bas di kampus lama. Sewaktu saya duduk di pondok tersebut, datang seorang rakan yang saya kira bukan daripada Malaysia kerana bahasa yang digunakan seakan-akan bahasa Indonesia. Dia menghampiri saya dan bertanyakan tempat menunggu bas ke Bahtera. Saya mengatakan bahawa di pondok yang kami sedang  duduk itulah tempat menunggu bas ke Bahtera. Perbualan kami tidak terhenti setakat itu. Saya mula bertanya soalan lain kepadanya sekadar ingin menimbulkan suasana selesa antara kami. Dia dengan ramah menjawab setiap pertanyaan saya. Akhirnya, kerana waktu yang tidak mengizinkan untuk saya terus berada lama di situ, saya kemudian meminta diri untuk beredar daripada situ. Dia tersenyum lantas mengucapkan terima kasih kepada saya kerana telah memberitahu kepadanya tempat menunggu bas ke Bahtera. Saya rasa seronok dapat berbual dengannya dan apa yang menjadi pengajaran kepada saya pada hari itu ialah sentiasa bertanya jika tidak tahu ataupun ragu tentang sesuatu perkara.
p/s: Malu bertanya sesat jalan, segan berkayuh perahu hanyut

No comments:

Post a Comment