Pada hari isnin yang lalu, saya bersama kawan-kawan dalam perjalanan hendak ke kelas. Sepanjang perjalanan itu, kami telah melewati sebuah lorong yang terdapat kedai di kiri dan kanannya. Pada waktu itu, kami membawa replika pedang kayu dan beberapa bentuk kon. Daripada jauh kami telah ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang berdiri berhampiran kedai di lorong tersebut. Niat di hati kami ingin menegur kanak-kanak lelaki tersebut. Atas rasa hati yang ingin bermasyarakat itu, kami pun senyum kepada kanak-kanak tersebut sambil mengunjukkan pedang kayu yang kami bawa. Niat di hati saja ingin bergurau dan beramah mesra dengan kanak-kanak berkenaan. Namun malang tidak berbau, kanak-kanak tersebut tiba-tiba bertindak agresif. Dia mendekati kami dan memukul kami.
Haiisshh…
Apalagi kami pun berlari dengan membawa pedang kerana takutkan kanak-kanak tersebut. Walaupun pedang di tangan, namun tidak menambahkan keberanian kami terhadap kanak-kanak lelaki yang agresif ini. Benarlah kata orang, sarang tebuan jangan di jolok. Rupanya kami dah silap jolok. haha..
Itulah, agaknya kanak-kanak itu tidak tahu yang kami hanya ingin bergurau dengannya. Pengajarannya, kalau hendak bergurau, lihat dengan siapa kita hendak berbicara. Kalau yang agresif, janganlah berani-berani hendak di kacau. Baik-baik nak bergurau terus jadi kacau-bilau.
No comments:
Post a Comment