Apa maksud koi-koi? Saya baru tahu ada perkataan ini apabila rakan saya menyebutnya sewaktu kami makan bersama. Saya bertanya kepadanya maksud koi-koi yang disebutkan. Dia menjawab bahawa koi-koi adalah perlahan-lahan. Koi-koi digunakan oleh penutur dialek utara (Kedah). Dia memberitahu saya lagi bahawa koi-koi lebih kepada Siam atau bahasa Thailand.
Oh barulah saya tahu bahawa koi-koi itu adalah perlahan-lahan. Kalau ditempat saya pula, kami menggunakan perkataan perlahan-lahan dan tidak ada perkataan ataupun istilah lain yang digunakan bagi maksud perlahan-lahan. Negeri tempat saya memang tidak banyak dialek yang ada tidak seprti kebanyakan negeri lain. Kalaupun ada kami lebih kepada bahasa Jawa, Banjar dan beberapa lagi bahasa lain.
No comments:
Post a Comment