Pernah atau tidak dalam kehidupan seharian kita, kita tidak menggunakan bahasa singkatan atau lebih dikenali sebagai bahasa sms sewaktu menghantar pesanan melalui telefon? Kebanyakannya tidak kerana jarang kita melihat individu yang menggunakan ejaan penuh dalam sistem pesanan ringkas. Sesetengah orang mungkin juga ada yang menggunakan ejaan penuh. Tetapi, bagi mereka yang seperti saya, kebanyakan daripda kami menggunakan ejaan yang serngkas mungkin dan hanya kepada pensyarah ataupun ibu bapa dikampung sahaja yang menggunakan ejaan penuh. Mengapa hal ini berlaku? Ya, kerana kami khuatir jika pensyarah ataupun ibu bapa dikampung tidak dapat memahami mesej yang cuba kami sampaikan. Bila mesej tidak sampai, banyaklah keperluan kami yang tidak dapat dipenuhi. hehe..
Berbalik kepada bahasa sms ini, saya pernah menerima mesej daripada kawan saya. Bunyi mesj itu adalah seperti ini:
# “weh, jp g aq sm5.”
Sm5????
Apabila saya membaca mesej daripada kawan saya, saya pula yang jadi terpinga-pinga kerana tidak tahu apa yang dia cuba beritahu kepada saya. Kemudian, apabila saya telah penat memerah otak untuk mencerna balik apa yang ditulis oleh kawan saya, saya pun membalas mesej tersebut:
# “wey, sm5 tu apa?”
Punyalah moden dan singkatnya ejaan kawan saya itu sehingga saya tidak dapat menangkap maksud sm5 yang ditulis olehnya. Kemudian dia membalas balik:
# “ sampai”.
Erk?? La.. Rupanya sm5 yang ditulisnya tadi adalah ‘sampai’. Fuh.. dahsyat sungguh kawan saya ini bila bab meringkaskan ejaan. Susah juga menggunakan ejaan yang terlalu ringkas ini kerana selalu sahaja orang tidak dapat menangkap perkataan yang ditulis. Jadi, kalau menggunakan ejaan yang ringkas sekalipun, janganlah sehingga bercampur huruf dan nombor. Pening hendak membacanya. Gunalah ejaan yang dapat difahami oleh orang lain.
No comments:
Post a Comment