Apa ada pada panggilan? Panggilan atau gelaran sangat perlu kita jaga apabila bercakap dengan orang lain. Hati-hati terhadap gelaran yang kita berikan terhadap orang lain.
Apabila memanggil abang atau kakak kita, apa panggilan yang sepatutnya? Adakah cukup dengan memanggil nama sahaja? Boleh juga, cuma kurang sopan. Seelok-eloknya panggil mereka dengan abang atau kakak dihadapan nama mereka. Menampakkan yang kita lebih menghormati mereka sebagai saudara yang lebih tua. Namun begitu, mungkin ada di kalangan kita yang lebih selesa dengan memanggil nama sahaja. Kalau anda, mana yang menjadi pilihan? Kalau saya tentulah menggunakan pekataan abang dan kakak. Itu jika gelaran pangkat umur. Jika sebaya pula bagaimana? Jangan sampai tersilap menggelarkan orang yang macam-macam kerana silap gelar buruk padahnya.
Kisah ini pernah berlaku sewaktu saya di alam persekolahan remaja. Maksudnya sekolah menengah lah kan.. Kebetulan, kawan saya yang menerima gelaran tersebut. Hendak dijadikan cerita, rakan saya yang lain telah memanggilnya dengan satu nama kartun yang agak popular. Perkara tersebut kawan saya adukan kepada kakaknya. Akibatnya, kawan saya yang telah menggelarkan dia dengan nama kartun itu dimarahi oleh kakak kawan saya. Selepas daripada peristiwa itu, beberapa hari juga mereka tidak bertegur sapa. Begitulah. Sebenarnya kita harus mengambil berat akan gelaran-gelaran atau panggilan-panggilan yang kita berikan kepada orang lain. Mungkin biasa pada kita tetapi manusia ini hati dan perasaannya tidak sama. Kalau pada kita panggilan yang kita berikan tidak membawa makna apa-apa, tetapi bagi diri mereka mungkin mereka tidak dapat menerimanya. Oleh itu, kawallah pertuturan kita. Jangan sampai bahasa yang digunakan mengoyak perasaan orang lain.
p/s: mengoyak perasaan orang lain sangat berbahaya kesannya. Perkataan mengoyak perasaan yang digunakan adalah pengaruh daripada novel.hehe =)
No comments:
Post a Comment