Friday, March 22, 2013

Kata sapaan


Kata sapaan? Bagaimana anda memanggil atau menyapa rakan anda? Cuba lihat di bawah yang mana satu gaya anda?
# “Bro, amacam sekarang?”
# “Men, sihat ke?”
# Ok boh.
# “Geng, sihat ke?”
# “Yunk, ok ke?”
# “Bhai, sihak ke?”
# “Beb, sihat ke?”
Perkataan yang telah saya hitamkan itu adalah contoh kata sapaan terhadap kawan-kawan yang digunakan oleh sesetengah kelompok masyarakat dan yang pastinya adalah kalangan remaja dan belia. Ada yang digunapakai mengikut dialek atau sesuatu tempat. Contohnya seperti boh, kebanyakan penutur adalah daripada Kelantan dan Terengganu yang dikatan berasal daripada perkataan bos. Itu dari sudut kelompok tempat. Selain daripada kelompok tempat, kelompok penutur mengikut jantina juga ada seperti apa yang dikatakan oleh rakan-rakan ketika di dalam kelas yang lalu. Lihat di bawah lagi..
# Lelaki: Boh, bro, men, bhai, der, geng, beb
# Perempuan: Yunk, beb
Kalau saya saya biasa mnggunakan beb. Yunk? lain kali boleh juga cuba. haha
Bagaimana dengan anda? Anda boleh pilih yang mana anda suka untuk menggunakan kata sapaan. Namun harus diingat bahawa, penggunaan kata sapaan seperti di atas hanyalah dikalangan kawan-kawan yang anda kenal. Jangan pula gunakan sewaktu bercakap dengan nenek, atuk, ibu dan ayah serta pensyarah anda. Bukan apa, tidak sesuai. Takut sahaja jika lima jari hinggap di muka..
* yunk merupakan singkatan daripada perkataan sayang.

No comments:

Post a Comment