Friday, March 22, 2013

Bajet (ego)

Bajet pada pandangan umum dan penutur bahasa Melayu adalah perkara yang berkaitan dengan belanjawan dan kewangan. Namun tahukah kita bahawa perkataan bajet juga membawa maksud yang lain? Bagi mereka yang remaja ataupun awal dewasa, mungkin mereka tahu makna lain bagi perkataan bajet. Mereka yang lebih berusia pula mungkin tidak tahu maksud lain disebalik perkataan bajet.
Hari khamis yang lalu, sewaktu dikelas sosiolinguistik Melayu kami belajar mengenai kesetiaan terhadap bahasa dan pensayarah mengaitkan dengan perasaan. Bercakap tentang perasaan tiba-tiba terkeluarlah perkataan bajet daripada salah seorang siswi. Pensyarah menyangkakan kami bercakap mengenai belanjawan tetapi apa yang kami maksudkan dengan perkataan bajet adalah berkaitan dengan perasaan iaitu ego. Bajet seperti apa yang digunapakai oleh golongan remaja dan awal dewasa bagi maksud lain selain belanjawan ialah ego, perasan dan yang sewaktu dengannya. Selalu sahaja remaja gemar menyebut bajet cun, bajet cantik, bajet baik. jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu biasa ialah perasan cantik, perasan baik.
Bajet dan bajet adalah dua perkataan yang sama sebutan dan ejaan tetapi dalam kelompok tertentu boleh membawa dua maksud iaitu bajet belanjawan dan bajet (ego, perasan, terlebih yakin).
#Rupa-rupanya tidak semua orang tahu bajet itu juga digunakan untuk maksud lain selain belanjawan.

No comments:

Post a Comment