Friday, March 22, 2013

Ya atau ha'ah

Hari isnin yang lalu, saya telah terserempak dengan seorang pensyarah ketika baru habis waktu kuliah. Pensyarah yang pada ketika itu duduk di kerusi di tingkat bawah bangunan e-learning tersenyum melihat kami. Kebetulan pada ketika itu saya sedang berjalan dengan seorang rakan.

Pensyarah: baru habis kelas ke?
Kami: Ha'ah.. (tersenyum dan meneruskan perjalanan)

Selepas daripada itu, saya merasakan bahawa tidak sesuai pula kami menggunakan perkataan ha'ah bagi menjawab pertanyaan pensyarah tadi. Sepatutnya kami menjawab: "ya, kami baru habis kelas". Saya rasa prkataan ha'ah itu kurang sopan kalau saya gunakan sewaktu bercakap dengan orang yang lebih tua apatah lagi dia seorang pensyarah yang wajar kami hormati. Sudahlah kami cuma berkata "ha'ah" kemudian bersalaman dengannya pun tidak kami lakukan. Kami hanya tersenyum dan berjalan walhah kami boleh bersalam kerana pada ketika itu pensyarah tersebut sedang duduk. Bila fikir-fikir balik, 'oh, malunya. Kenapa saya berkelakuan begitu? Sangat tidak sopan dan nampak tidak menghormati pensayrah itu'.

Semoga saya tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama. Maafkan kami pensyarah...

No comments:

Post a Comment