Terlalu banyak peristiwa yang dialami oleh seseorang walaupun hanya dalam seminggu. Manusia yang hidup bermasyarakat memang tidak pernah lari daripada berbicara dengan orang sekelilingnya.
Pada hari selasa yang lepas, saya telah menelefon ibu saya. Banyak perkara yang kami bualkan di dalam telefon. Antaranya ibu bercerita mengenai anak perempuan abang yang sudah pandai ketawa bila di agah, cerita mengenai adik yang selalu sahaja tidur awal kerana penat bekerja di siang hari, cerita mengenai abang yang bertukar kerja kepada waktu malam dan banyak lagi yang ibu ceritakan mengenai situasi di kampung. Walaupun mata pada mulanya mengantuk, dengar sahaja cerita yang macam-macam terus sahaja mata yang awalnya mengantuk menjadi segar.
Begitulah apabila kita dapat memahami dan mencerap apa yang disampaikan atau diceritakan oleh orang lain kepada kita, maka kita akan dapat mendengar dan memberi tindak balas yang sepatutnya terhadap penyampaian tersebut. Contohnya seperti apabila orang bercerita perkara yang lucu, kita boleh bertindak balas dengan ketawa, bila cerita sedih kita merasa simpati dan banyak lagi.
Oleh itu, pentingnya kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang diucapkan oleh orang lain kepada kita agar mereka merasa dihargai kerana ada yang mendengar dan bertindak balas terhadap percakapan mereka.
No comments:
Post a Comment